Archive for April, 2009

28
Apr
09

Kami ke Zoo….Yeah…Yeah…

Lokasi : Taman Zoo Negara, Kuala Lumpur

Tarikh : 25/04/2009

Satu perancangan terkejut sebenarnya…sapa punyer idea pun aku tak tau la..tapi memang seronok g ke sana…sebabnya dah lama sangat tak ke Zoo, seingat aku masa pergi ke zoo nie masa aku zaman sekolah rendah lagi…hahahah so bayangkan laa dah besar tua bangka baru g sekali lagi untuk kali ke-2. hahahah zaman dah berubah dunia dah maju…

DSC_0005
DSC_0176

Sampaikan ada kawan sorang nie macam naik gila dibuatnya sebab dia memang tk pernah g ke Zoo Negara…alaihai kesian kat ko erk Qayyum..so kira ko happy laa dapat jumpa saudara – saudara ko kat situ sampaikan ko sanggup cium anak patung beruk tue…thanks kat korang yang join outing ke zoo negara walaupun ada kelewatan masa perjalanan ke sana…biasalah janji melayu pada setengah orang bukan aku tau…hehehehe

Yang join aktiviti nie ialah Tom, Qayyum, Mior, Aku, Ateng dan 2 sahabat baru iaitu Khalid dan sorang lagi tak ingat lak namanya…heheheh kira kitorang nie dah macam satu pasukan WONDERPETS sebab nak selamatkan haiwan tapi dalam bentuk gambar…hahahah lawak2 meh tengok video klip nie…mesti korang layan punyer

DSC_0036
DSC_0014
DSC_0045

Memang penat kalau nk shoot haiwan nie..sebab nak dapat moment yg cantek cukup payah..lagi – lagi kalau kita nie bukan seorang yg penyabar…hahahah shoot haiwan nie memang kena bersabar…kalau tak memang hancur laaa gambar2nya. Nasib baik laa aku first time shoot haiwan nie…memang banyak lagi kena improvekan diri dalam shoot haiwan nie ,insyallah aku try akan datang…

DSC_0066
DSC_0077

Korang korang nak g Zoo, aku nasihatkan korang kena g pagi2 jangan macam kami sampai kat sana dah lepas waktu lunch…ermmm tu pasal laa Singa duk diam dan tido ajerrr kerja dia…dah dekat 1/2 jam aku duk kat situ nk dia beraksi sikit…yang harimau lak asyik berjalan ke hulu hilir ntah ada satu benda je yang dia tak dpt…mungkin dia bangun lambat so waktu lunch dia kena kebas oleh member dia..hahahah tue laa jangan bangun lambat lagi tau rimau…hehehe

DSC_0124
DSC_0051

Ermmm dah penat berjalan…kami semua jamu selera kat area situ…than lawat kedai cenderamata kat situ…semuanya berbentuk haiwan…memang comel2 belaka termasuk cashier nya sekali…hahahah sambil makan sambil minum laaa. Nasib baik laa aku masih single kalau tak dah lama aku belikan patung2 nie..huhuhuhuhu

DSC_0084

Oklah…faiz dah leh lama- lama nie..sebab faiz ada janji ngan member kat seksyen 7 …huhuhu kira markas faiz melepak laa..sambil bincang pasal photography..kata faiz masih dalam belajar..hahahah oklah faiz mintak maaf banyak2 kalau ada salah dan silap….

DSC_0258

‘KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT, APA YANG PENTING KERJASAMA ‘

mohdshairulfaiz

+60126181530
mygallery picture
my_email : shairulfaiz@gmail.com
YM : shairulfaiz_eg6@yahoo.com

26
Apr
09

Lagu Favorite hihihihihi……

Terang bulan malam ini
Kerlipan bintang seribu
Yang ku damba saat ini
Hanyalah engkau yang satu
Didalam hidupku

Teratai di pinggir kali
Mulanya mekar berkembang
Yang ku sebut hari-hari
Hanya namamu seorang
Ku mabuk kepayang

Bila kau jauh terasa sunyi
Resah gelisah sepanjang hari
Seandainya kau ada di sisi
Bahagianya hidupku ini

Kali pertama ku kenal cinta
Baruku sedar ertinya madu
Jiwa gelora mimpi mengusik
Semakin rindu semakin asyik

Panas panas panasnya mentari
Tak sepanas cintaku ini
Kepadamu yang aku kasihi
Hingga akhir hayatku nanti

Bunga-bunga bunganya asmara
Harum dan mekar di dalam dada
Walaupun yang menghalangi
Cintaku pasti

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Jangan marahhhh haaa….dah nie favorite lagu time dalam kete…huhuhuu sekurang – kurangnya dapat gak ilang mengantuk kalau drive sorang – sorang walaupun ada penumpang…kompom orang sebelah tue tido punyer…betul tak? apa salahnya layan lagu dangdut sekejapkan…

Memang layan laaa time drive dengar lagu nie…dari nk mengantuk terus segar mata dibuatnya…mesti korang kutuk kaw2 punyer…muka ganas layan lagu dangdut…heheheh lantak laaa apa orang nak cakap janji aku enjoy time drive daripada tension tengok orang sebelah tido baik dengar lagu dangdut nie..sekurang – kurangnya slow laaa skit panas hati didalam dada nie…

DSC_0258

Gambar kat atas nie kitorang semalam baru g sana…best gak laa masuk ZOO nie, macam – macam haiwan leh tengok sampaikan haiwan B….tut…pun ada gak..nasib baiklah tk dekat kat kandang dia…apa daaa pihak zoo nie bukan nak lebalkan apa nama binatangnya…nasib baik aku tgk dari jauh…kalau korang nak tau citer selanjutnya dan gambar2nya korang stay tune untuk entry Mari ke Zoo.hahaha lawak2 kat situ gak aku dapat kawan baru yang hanya kenal dalam blogger…hehehe thanks bro coz sudi turun shoot sama2….walaupun tkdpt sangat nak tunjuk ajar or apa2 la.sebb aku pun masih learning so tk pandai nk mengajar2.

Tue citer pasal ari sabtu…yang nie pasal ahad lak…kitorang ada shoot outdoor potraiture kat Putrajaya…tapi nie aku tag along dengan mior, thanks bro ajak aku tag along.Apa – apa pun aku mohon maaf laa sebab aku tiba2 lak datang pening kepala….aduyaiii ruginya…sebab tk dpat shoot yang terbaik sangat…

DSC_1491

Yang nie pun korang kena stay tune…gak tau walaupun gambar dari aku tk seberapa sangat. Ramai gak yg join sesi photoshoot nie…yang join Tom, Mior, Ajib, Qayyum dan aku sendiri..dan thanks to 2 couple nie sebab korang nie memang sporting dan happy go lucky…

Oklah waktu dah time nie…penat shoot outdoor potraiture siang hingga ke malam tk ilang lagi nie…sok aku dah mula kerja…karang bangun lambat lagi laaa nampaknya…so korang tunggu full entry nie k….harap bersabar…tau, kalau tak korang kasi layan lagu favorite aku nie..heheheh sekurang – kurangnya happy laa gak nak tunggu entry selanjutnya……selamat malam…..

‘KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT, APA YANG PENTING KERJASAMA ‘

mohdshairulfaiz

+60126181530
mygallery picture
my_email : shairulfaiz@gmail.com
YM : shairulfaiz_eg6@yahoo.com

22
Apr
09

Jalan – Jalan Cari Makan…sambil menyelam..hehehe

Lokasi : Selera Central, sunway damansara, kota damansara

DSC_0074

Malam tadi Abg Wam Shamril ajak makan kat Bawal Power…perghh memang sedap gila sampai jilat jari laa…hehehe yang join makan malam tadi Akmal, Mior, Wan, Rizal, Tom , Ajib dan Qayyum. Meh tonton Cerita Jalan – jalan cari makan…sambil tue menyelam k

DSC_0099
DSC_0119

Kalau nak tau nie lah owner kedai Bawal Power En.Emri n wife Mdm. Maswim, diorang nie baru jer kawen…so kira kitorang opening laa untuk sambut semperna perkahwinan diorang nie…thanks abg wan shamril coz kalau dia tak ajak memang tak rasa laaa masakan bawal power nie.

DSC_0085
DSC_0093

Antara menu kedai mereka nie ade 3 special dish… 1) Bawal 2) Keli 3)Ayam. Fried dishes….tapi aku kurang sikit makan ikan bwal nie…so aku layan makan ewak leleh ( ikan keli ) tue bahasa Jawa…sebab aku nie memang kaki makan ikan keli…biasalah orang kampung katakan. Kalau nak tau semua masakan diorang nie dari masakan Penang.

DSC_0035

Time kitorang tengah jamu selera…tiba – tiba seorang awek yg cun…datang…rupa – rupanya dia adik pada tokei kedai Bawal Power…huhuhuhu namanya Baby…sedapkan tue nama panggilan manja..Abg Wan Shamril menyapa kat baby yng kitorang nak shoot baby lepas makan…warghhh teruja gak laaaa kitorang nie…tue pasal makan laju2 nak abes cepat…hahahah lawak2.

DSC_0142
DSC_0166

Kalau korang nak tau nie….Abg Wan Shamril with wife…huhuhu aku capture gambar diorang untuk kenangan time diorang dah olderis nanti..heheheh walaupun dah lama kawen tp diorang nie macam baru jer kawen..hahahaha jangan marah erk bro…

Memang seronak gak laa shoot malam2 nie…cuma kekuasaan gear aku ajer yang ada hadnya…hehehe tapi aku mesti dapatkan yg terbaik…kalau korang nak tau kami buat shooting kat area Curve…memang best laaa kalau shoot siang.

DSC_0196
DSC_0177
DSC_0155
1

Cute kan…baby nie…alahaiiii nasib baik laaa aku nie jenis yg tak cepat tergoda…huhuhu apa – apa pun baby nie memang seorang model sambil rasanya…tp kawan2 dia memang model yang tersohor…

DSC_0201
Picture 1

Sekali sekala aku nak gak interprint ngan Baby…hehehe tapi rasa pelik lak, yelah apa taknya aku nie memang tak pernah orang amek gmbr aku..hahahah tak tau laaa kalu aku kawen nanti…

Oklah…panjang lak bercerita nie…karang kena marah lak ngan bos aku kat opis nie…hehehe sebelum apa2 berlaku baik aku tammatkan cerita kau nie….korang kalau nak g makan Bawal Power jangan lupa ajak aku sekali tau…nak try layan ikan bawal lak..hahahahha

‘KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT, APA YANG PENTING KERJASAMA ‘

mohdshairulfaiz

+60126181530
mygallery picture
my_email : shairulfaiz@gmail.com
YM : shairulfaiz_eg6@yahoo.com

19
Apr
09

Panning….or Pening…?

Lokasi : Tanah Lapang, seksyen 18

Tarikh : 11 April 2009

DSC_1030

Panning…..or Pening…nie? hehehehe yang mana satu betul nie? hahahahaha lawak2…nie bukan job tau tapi nie adalah satu latihan pada aku gak…thanks to Toro sebab dia yang ajak shoot kawan2 dia buat drift…

Bukan aku sorang jer yg join masa sesi drift nie…yang join akmal, mior, tom, ajib dan yus….hehehe tapi gambar yg superb sekali si akmal dan yus…hehehe kalau tak caya korang g tgk sendiri blog diorang nie…

DSC_0975

Hahahah yang tak tahan sekali nie member aku nie dia nie memang suka duduk kat tiang…hahahah dia nie memang best sebab dia punyer mata dia memang tajam kalau suh shoot detail mana best laaa gambar dia…lagi2 sekarang nie dia di gelar photographer golf yang tersohor..hehehehehe sebab kalau gmbr detail memang superb laaa..

DSC_0945
DSC_0973

Yang nie si mior…kami semua gelar kat dia kaki runner..huhuhuh dan merangkap setiausaha…hahahaha kalau ada apa2 benda yang nak buat or aktiviti dia nie yang uruskan segala2 termasuk peralatan…thanks bro aku salute kat ko…yang mamat duduk kat celah pokok lak ….nie laaa akmal yang digelar sebagai budak Afro…hahahaha

DSC_0921

Memang seronok gak laa shoot panning nie…sebab aku tak pernah buat shoot panning lagi…hehehe tue pasal laaa aku laju ajerr nak follow aktiviti nie…walaupun gambar agak tak seberapa cun tapi aku dah berusaha untuk dapatkan yg terbaik….insyallah lepasnie aku try buat yang lebih terbaik…memang bulan april nie aku banyak belajar pasal photography sebab nak dapatkan satu raw yang terbaik untuk akan datang…

DSC_0983
DSC_0919
DSC_1020

Ermmmm memang banyak lagi aku perlu perbaikikan skill – skill dalam bab photography nie…memang payah gak lak…dulu belajar tak banyak buat praktikal yang baik belajar hanya bab teori ajer….so memang payah kalau belajar tak buat latihan praktikal yang lebih banyak…so kawan yang ada belajar photography korang kena buat banyak latihan praktikal…pasal shutter count jangan risau k…yang penting output dia superb nanti…heheheh betul tak..

DSC_0915

Aduyaiii mata dah mengatuk lakk….oklah korang tgk – tgk lah gambar aku yang tak seberapa nie….kalau ada kesalahan korang kasi tegur aku…hehehe kira komen laaa sikit apa yang patut…..mana tau aku leh perbaiki lagi akan datang…..k lah…selamat malam…..

‘KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT, APA YANG PENTING KERJASAMA ‘

mohdshairulfaiz

+60126181530
mygallery picture
my_email : shairulfaiz@gmail.com
YM : shairulfaiz_eg6@yahoo.com

18
Apr
09

Mini Konsert F1 Pavilion, Kuala Lumpur

Lokasi : Pavilion, Kuala Lumpur

Tarikh : 4 April 2009

DSC_0171

Ini adalah salah satu latihan bagi faiz dalam bulan April nie…hehehe kali nie faiz uploadkan pasal Mini Konsert F1 di Pavilion, Kuala lumpur…korang mesti dah tau lokasinya kan….tp bagi faiz nie adalah pertama kali jejak kaki kat Pavilion nie…biasalah faiz nie bukan orang Bandar pun….hahahahahahah padahal malas nak berjalan kat Shoping Area…heheheh.

DSC_0126

Macam mana faiz boleh terjebak sampai kat sana? sebenarnya faiz dapat sms dari mior dan tom yang mengatakan bahawa Datok Kamarudin meminta kami shoot anak beliau semasa persembahan..namanya Amanda Imani..ermmm tanpa melengahkan masa faiz pun ok ajer…lagi pun faiz memang tak pernah shoot event seperti ini…hehehehe cuma yang tak seronoknya kami dapat info nie sehari sebelum konsert so memang tkdpat laa pass nak shoot dalam…mungkin Dato Kamarudin tk sempat bagi tau pada organiser…tapi tue semua bukan penghalang pada kami.

DSC_0118
DSC_0207

Memang cukup mencabar gak laa sebab shoot secara berasak – asak….nasib baiklah kami semua berada di depan kalau tp memang hampeh laaa jawabnya. Lagi satu masa nie laaa faiz merasakan gear faiz nie boleh sampai ketahap mana..kira test power kekuasaan D80. Memang payah sikit laa sebab lighting sentiasa berubah – ubah so kadang – kadang whitebalance akan lari samada sikit atau banyak.warghhhh macam mana erk diorang shoot Konsert Akademik Fantasia? huhuhuhu nie yang nak kena berguru nie….

DSC_0368
DSC_0106
DSC_0185

Tak sangka salah seorang penyanyi yang hadir ialah Zainal Abidin…hehehe teruja aku sekejap kalau laaa Amy Seacrh lagi laaa aku terangkat beb….Memang seronok lah…hadir kat situ untuk shoot Amanda Imani tapi semua boleh dapat…hahahaha Andy Flopp poppy pun jugak hadir untuk menyanyi…warghhh best gila walaupun terasak – asak..biasalah lumrah tgk konsert katakan.

Tapi sayangnya…faiz tak dapat nak upload gambar Amanda Imani yang selebihnya sebab dapat arahan dari Dato yang mengatakan gambar anak beliau tidak boleh di advertise kat blog…so yang mana faiz terupload satu aritu kira satu ajer laaa nampaknya sebab dpt info selepas faiz upload sekeping gmbar anak beliau…hehehehe nak padam rasa sayang lak….hehehehe

DSC_0306
DSC_0294
DSC_0355

Oklah panjang lak faiz bercelotih lak….ermmm korang semua layan laaa gambar dari faiz yang tak seberapa nie tau…huhuhuhu biasalah faiz masih beginner lagi so masih belajar untuk dptkan yang terbaik….

p/s : Nenek faiz telah pulang ke Rahmatullah pada 17 April 2009, semoga rohnya tergolong dikalangan orang – orang yang beriman…marilah kita sedekah Al – fatihah pada arwah nenek faiz…..Al – Fatihah….

‘KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT, APA YANG PENTING KERJASAMA ‘

mohdshairulfaiz

+60126181530
mygallery picture
my_email : shairulfaiz@gmail.com
YM : shairulfaiz_eg6@yahoo.com

16
Apr
09

GFII President’s Cup 2009

Event : GFII Golf Tournament
Venue : Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah(KGSAAS)
Mode : Stableford (President Nine & Alam Shah Nine)
Date : 29 March 2009

DSC_0162

Salam….

Rasanya sudah lama aku tak singgah dan updatekan blog aku nie….sejak 2 menjak nie memang aku fokus pada pembelajaran aku dalam dunia fotografi. Memang banyak benda yang aku pelajari dari kawan- kawan, thanks to akmal, mior, tom, ajib, wan, rizal dan yus ( matranggie ), korang semua memang best tapi yang betul2 aku respek ialah Abang Wan…. dia punyer PR dia memang cukup terbaik dan aku rasa boleh bersaing dengan Saiful Nang.

IMG_5553

Yang aku teramat gembira sebab aku dapat berkenalan dengan Tan Sri Abu Hasan Omar…perghhh thanks Abang Wan sebab melalui dia aku dapat bersalaman dengan beliau. Ermmmm memang dalam sejarah dalam hidup aku nie…Pengalaman dalam arena dunia Golf dalam aspek Fotografi memang cukup mencabar…dan memang banyak perlu dipelajari teknik – teknik ketika dalam padang….

DSC_0003

Bila korang bawak buggie nie korang kena berhenti kalau ada orang sedang buat ‘ TEE – OFF ‘ kira tak boleh ada gangguan dalam padang…ermmm kalau korang tgh berjalan pun kena berdiri tegak dan jangan berjalan…hehehehe kira jadi patung sekejap laaa..lepas jer diorang buat ‘ tee-box’ baru la berjalan balik..

Memang terlalu banyak peraturan – peraturan semasa kita di padang golf…huhuhuh kalau korang salah sikit memang kena sound laa dengan brader- brader yang sedang main golf nie…Abg Wan yang banyak memberikan tips2 dalam dunia arena Golf nie….Korang nak tau nie adalah first time kami kena cover event golf nie…tapi yang tak tahannya pemain2 golf nie semuanya dari golongan – golongan Atasan….tue pasal laaa dapat berkenalan dengan Tan Sri Abu Hasan Omar

DSC_0233
DSC_0298
DSC_0245

Kalau korang nak tau…sapa yang hebat? pemainnya ker atau kedinya? kalau korang nk tau yang hebat dalam arena golf nie ialah Kedi…sebab diorang yang kena baca keadaan cuaca, arah angin, clubs apa yang kena pakai, jarak par hole dan sebagainya….ermmm kalau kedi di luar negara gai diorang lagi mahal dari pemain golf…hahahahah so sapa2 yg nak jadi kedi tue leh laaa memohon…hahahahah mana laa tau leh jadi kedi untuk Tiger Wood.

DSC_0247
DSC_0305
DSC_0361

Memang seronok laaa shoot golf nie walaupun banyak rule2 yang kena follow…tapi berbaloi sebab dapat mempelajari teknik – teknik shoot golf…ingat senang ker…dari sini laa kita tau kemampuan sesuatu gear…hehehe kalau harapkan gear aku yang tak seberapa nie memang dapat shot2 yang biasa ajer laaa nampaknya…tp aku tkkan mudah putus asa…aku akan cuba dpt yang terbaik…hehehehe

DSC_5482
IMG_7149

Ermmm nie memang satu pengalaman yang aku takkan lupakan…insyallah aku try dapatkan yang terbaik lepasnie….yang penting kerjasama antara satu sama lain tue kena kuat barulah dapat yang terbaik…heheheh so kalau korang tak puas tgk gmbr korang layan slideshow bawah nie…hehehe

p/s : Kami semua dapat penghargaan dari Tan Sri Abu Hassan Omar sebab kami semua dapat shot -shot yang terbaik…hehehhe

nota kaki : Korang tunggu entry lain k…kalau korang nak tau apa pembelajaran aku …hehehehe

‘KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT, APA YANG PENTING KERJASAMA ‘

mohdshairulfaiz

+60126181530
mygallery picture
my_email : shairulfaiz@gmail.com
YM : shairulfaiz_eg6@yahoo.com

06
Apr
09

Rehat Sekejap…Sambil Menimba Ilmu…

Rehat sekejap ? Menimba ilmu ? sebenarnya aku rehat sekejap dalam wedding photograper bulan nie…sambil tue aku g menimba ilmu dengan kawan2 photog.

Kebanyakkan aku follow¬† shoot Event lak….sebab kadang – kadang shoot event nie leh dapat idea2 terbaru untuk di attachkan dalam wedding. so tak bermakna aku rehat tue suka – suka. rehat sambil mencari ilmu, kira buat latihan asah mata laa….nak g ke fotocamps tak mampu lagi so nie laa caranya nak mengasah mata sendiri.

IMG_7149

Teaser Golf Event – Gf2 Tourment

Memang susah gak nak melatih asah mata nie…ingat senang ker? kalau orang yang cepat masuk dalam minda tue memang dia superb laaa…macam aku nie agak sempal gak..hahahah kuat sangat berkhayal tue yang selalu miss dalam capture moment.ermmm banyak benda kita kena pelajari….dari otai2 photog, so korang yang lain jangan sombong2 kat orang lain kena to be friend kalau korang nak berjaya dalam apa jua korang ceburi.

DSC_5482

Teaser Golf Event – Gf2 Tourment

Kalau nak tau bulan nie aku banyak follow kawan photog and join aktiviti photog….untuk menambah ilmu…jangan anggap kita nie sudah power segala – segalanya sebab ada benda tertentu yang kita tak tau dalam sesuatu bidang, misalnya dalam shoot golf nie…dia punyer rule bapak banyak….nak tau korang kena tunggu full entry dia..sebab sekarang nie aku kena settelkan gambar2 golf untuk di berikan pada owner event nie….

DSC_0592

Teaser Armanda Amani – Mini Konsert di Pavillion semperna F1

Bukan shoot golf jer…baru2 nie sebelum aku konvo..aku follow si mior, Tom, Wan and rizal untuk shoot anak dato kamarudin ( Pemain Kuda ) namanya Armanda Amani…heheheh Armanda Amani nie arits recording di bawah naungan composer Ajai rasanya…aku pun tak tau sangat so kalau salah maafkan aku k… Memang susah gak shoot artis nie….yelah kalau dia berjoget susah gak nak capture…ermmm time nie laaa masanya belajar pasal keupayaan sesebuah kamera lak…dan cara – cara setting dia sebab lighting kat situ suka betul bertukar2 …hahahaha kata konsert memang laa lampu tukar2…

Insyallah lepas nie mungkin jadi offical photographer untuk anak Dato Kamarudin nie…lepasnie memang banyak shoot artis laaa gamaknya…heheheh murah rezeki katanya….

Picture 1

Hahahah banyak lagi album2 yang aku kena settelkan…so masa nie laa peluang terbaik untuk siapkan kerja – kerja aku…hhuuhuhuhu lepas banyak shoot, album pulak menyusuli…hehehe cukup banyak kerja – kerja yang perlu settelkan…hahahaha kata seorang photographer…kena laa berkorban masa dan jiwa…ermmm aku ada 3 album lagi yang perlu di selesaikan ….

Insyallah bulan 5 nie baru aktif dalam wedding photograper…mudah – mudahan apa yang aku pelajari dalam bulan 4 nie aku dapat attachkan dalam wedding lak….

Moral : so korang kena invesment sikit untuk gear anda..dan kalau boleh jangan sombong2 ngan rakan2 photog anda…hehehe dan jangan berlagak sombong antara satu sama lain…korang tengok video nie ada maksud tersirat…macam tue gak nk jadi seorang photographer yang di segani..

nota kaki : Full entry bagi Syazwan & Munirah aku tk dapat upload sebab tk dapat kebenaran dari ownernya.

‘KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT, APA YANG PENTING KERJASAMA ‘

mohdshairulfaiz

+60126181530
mygallery picture
my_email : shairulfaiz@gmail.com
YM : shairulfaiz_eg6@yahoo.com